Kebanyakan kita biasa membaca zikir ini pada waktu perhimpunan di sekolah.
Berapa lamakah sebenarnya kita tidak membaca zikir Asma’ al -Husna setelah tamat persekolahan?
Sebagai penuntut ilmu, kita seharusnya mengamalkannya dengan istiqamah dan konsisten kerana kita akan berasa tenang dan berlapang dada selepas membacanya. Kita boleh membacanya pada bila-bila masa, tidak semestinya dalam acara atau program tertentu.
Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), mak serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” – [Surah al-A’raf ayat 180]
Sumber info : buku Jom! Belajar Sampai Ijazah/ Master. PhD
Kredit foto : islamicposters.co.uk
.
#info #asmaulhusna #tipsbelajar #jombelajarsampaiphd
Untuk ketahui tips cepat hafal, klik sini.
#kismis #cepathafal #kismisdoa #kismisminda