Posted on Leave a comment

Senarai Pengedar & Stokis Tok Guru

Rangkaian stokis dan pengedar aktif bagi produk Kismis Tok Guru dan Joos Tok Guru.

KUALA LUMPUR

PT WIDURI (M) S/B
NO. 55 & 57, JLN RAJA MUDA ABDUL AZIZ,KG BARU,
50300 KUALA LUMPUR
017-212 0991

SELANGOR

SUNGAI GODANG ENT.
PT 6796, JALAN BEDENA 1, TAMAN SRI BEDENA,
45300 SG BESAR, SELANGOR
019-5675795
SAYO MARKETING SDN. BHD.
NO. 27 & 29G, JLN SUNGAI BESI INDAH 1/2A, TAMAN SG BESI INDAH,
43300 SERI KEMBANGAN,SELANGOR
03-86434744 | 019-2405877

NEGERI SEMBILAN

BEN WAY MARKETING RESOURCES SDN. BHD.
2883 JLN SJ 3/6C TAMAN SEREMBAN JAYA
70450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
012-2112386

MELAKA

HERBA MANJUR (M) SDN. BHD.
NO.32, JALAN TU 39A,TAMAN TASIK UTAMA 75450 MELAKA
012-6513390

JOHOR

NATUREEN SDN. BHD.
NO. 68, JLN MUTIARA EMAS 5/11, TAMAN MOUNT AUSTIN,
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
07-3645450/451 | 016-7722454
ULRIC TRADING SDN. BHD.
NO. 30, JLN PENJAJA 3,
83000 BATU PAHAT, JOHOR
012-7113691 | 012-7113301
WELLCARE IMPRESSION S/B
37, JALAN TIRAM 1/6,  BANDAR TIRAM,
81800 ULU TIRAM, JOHOR
012-7190326
I CARE BEAUTY & WELLNESS
NO. 27, JALAN UTAMA 2/4, TAMAN UTAMA,
85000 SEGAMAT, JOHOR
017-7148555
PERNIAGAAN HERBA SRI TANJUNG SDN. BHD
PTD 4508,  PARIT MARJUNIT, MUKIM SUNGAI PINGGAN,
82200 BENUT, JOHOR
016-6238913

PERAK

YS MARKETING SDN. BHD.
NO. 91, JALAN KOTA,
34000 TAIPING, PERAK
012-5232052
PUSAT BIMBINGAN UMMAH (USTAZ MAHFUZ) (Pengedar)
1805 JALAN INTAN, TAMAN BANDAR BARU,
31900 KAMPAR, PERAK
0199150607

PAHANG

FARMASI HANIZ (Pengedar)
HAIZ RESOURCES SDN. BHD.
NO.33, JALAN PPBR 3/4,
PUSAT PERNIAGAAN BUKIT RESIDEN,
27200 KUALA LIPIS, PAHANG
017-6168870

TERENGGANU

NUWAJA ENT
484-A GONG KAPAS, JLN SULTAN MOHAMAD,
21100 KUALA TERENGGANU,TERENGGANU
019-9777500 | 013-9509009

KELANTAN

PERNIAGAAN MASYRIK
LOT 214, TINGKAT BAWAH, BANGUNAN TABUNG HAJI,
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
019-9392786
SYARIKAT JAFFAR RAWAS SDN. BHD.
18 T-B JLN DATO PATI,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
09-7433434 / 09-7448444
010-2459441 | 013-9032053

PULAU PINANG

YHO MARKETING SDN. BHD.
NO. 18, TINGKAT KIKIK 7, TAMAN INDERAWASIH,
13600 PRAI, PENANG
012-2899168 | 012-4806613

KEDAH

HASANI EDAR SDN. BHD.
41A & 42A, JALAN PENGKALAN, TAMAN PEKAN BARU,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
04-4253699/04-4253702

SABAH

ROSWAD 3 MS
TB 5509, TAMAN RIA 6, 91000 TAWAU, SABAH
016-8266335
AM FARMING SDN. BHD.
LOT 7-8, BLOK HS SATU, JALAN PRYER, HARBOUR SQUARE,
90000 SANDAKAN, SABAH
08-8262248 | 016-8365553
BLOCK J, LOT 1, SINSURAN, 88000 KOTA KINABALU, SABAH
016-8365553
BLOK B, GROUND FLOOR, LOT 3, PASAR RAYA PLAZA,
91000 TAWAU, SABAH
016-8365553
LINAVEED TRADING
SHOP NO 2, TMN KEMAJUAN KG.LIKAS,
88450 KOTA KINABALU, SABAH
012-8349198
AS SIDDIQ
PEMBORONG AS SIDDIQ SDN. BHD.
NO. E-0-1, BLOK E, KARAMUNSING CAPITAL,
88000 KOTA KINABALU, SABAH
014-5548194

SARAWAK

KUCHING OLIVE HOUSE PLT. (Pengedar)
OLIVE SHOP, G-23, GROUND FLOOR, MYDIN MALL PETRAJAYA,
VISTA TUNKU, JALAN DEMAK, PETRAJAYA, 93050 KUCHING, SARAWAK
0194152038
SHARIFAH TRADING SDN BHD (Pengedar)
37, JALAN GAMBIER, 93000 KUCHING, SARAWAK
0168593009
TLSF MARKETING SDN BHD (Pengedar)
NO.12, LEVEL 1, COMMERCE SQUARE MALL, 97000 BINTULU, SARAWAK
0148882622

Jom! dapatkan produk Tok Guru melalui rangkaian pengedar dan stokis berhampiran anda sekarang.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi pengedar atau stokis produk Tok Guru, boleh klik sini untuk info lanjut.

Posted on Leave a comment

Kelebihan 8 Makanan Sunnah Dalam Joos Tok Guru

Sejak 2007 sehingga kini, Joos Tok Guru menjadi produk yang DIYAKINI ramai.
Joos Tok Guru menjadi pilihan UTAMA para pelajar untuk mudah belajar.

JOOS TOK GURU ialah minuman botani kurma, madu dan minyak zaitun.
Minuman ini terdiri daripada 2 jenis iaitu perisa Strawberi dan Anggur.
Sebelum ini, ia dikenali sebagai JUS TOK GURU.
Penamaan semula dibuat kerana mematuhi Akta Makanan 1983 &
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

JOOS TOK GURU juga mengandungi:
Madu | Kurma | Kismis | Delima | Buah Tiin | Habbatussauda | Saffron | Minyak Zaitun. 

Kelapan-lapan makanan ini mempunyai kelebihan tersendiri dan manfaatnya untuk kesihatan.

Manfaat madu untuk kesihatan: Kekalkan tenaga.

Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.

Kurma boleh menjadi sumber tenaga yang bagus dan cepat. Hal ini kerana kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang merangkumi sehingga 70% daripada buah kurma tersebut.

Memberi Tenaga 

Kismis
 mempunyai rasa manis secara semulajadi, pengambilannya secara rutin boleh memberikan korang tenaga dan meningkatkan sisem antibody tubuh. 

Kandungan fruktosa di dalam buahnya menyumbang kepada kepantasan sumber tenaga seseorang individu.

100gm bahagian buah membekalkan 83 kalori iaitu 18.7gm karbohidrat dan 13gm gula sementara protein dan lemak lebih kurang 1-2gm.

Oleh sebab itu, seandainya kita minum jus delima, ia boleh membekalkan tenaga yang cepat kepada tubuh badan kita.

Buah tin merupakan sejenis buah yang dapat memberi tenaga dengan kadar segera kerana ianya tinggi dengan sumber karbohidrat dan gula. Ianya turut mengandungi kandungan vitamin B di mana vitamin B ini diperlukan untuk penghasilan tenaga.

Juga dikenali sebagai jintan hitam, habbatus sauda diyakini khasiatnya sebagai kuasa penyembuh dan memberikan tenaga dan memulih semula tenaga. Habbatussauda memberi tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh pada tahap yang optimum.

Saffron bukan sahaja memberikan rasa dan warna kepada masakan, tetapi juga terbukti mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan.

Ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti masalah pencernaan, insomnia dan penyakit kulit.

Kajian terkini menunjukkan bahawa saffron juga boleh membantu dalam mengurangkan simptom kemurungan, meningkatkan ingatan dan juga mempunyai kesan anti inflamasi.

Kebanyakan sel dalam tubuh menggunakan sama ada glukosa atau fatty acid sebagai tenaga. Terutama sel-sel jantung dan otot pula lebih menggunakan fatty acid sebagai tenaga. Sel-sel otak juga akan menggunakan fatty acid sebagai jaminan bekalan tenaga yang kedua jika mengalami kekurangan gula.

Kesimpulannya minyak zaitun menghasilkan tenaga yang segera, dan kita juga mendapat manfaat dari sebatian antioksida di dalamnya. Satu sudu minyak zaitun membekalkan 150 kcal, cukup untuk tenaga sepanjang hari.

Wah! terdapat 8 makanan berkhasiat sedia terkandung dalam Joos Tok Guru. Sangat memudahkan para ibu bapa.
Kesimpulannya, Joos Tok Guru adalah ikhtiar para ibu bapa untuk bantu anak-anak lebih bertenaga di samping mengamalkan makanan sunnah.
Joos Tok Guru juga sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah!.

Posted on Leave a comment

5 Khasiat Delima

Delima (Pomegranate) dengan nama saintifiknya ‘Punica Granatum’ merupakan buah yang mengandungi nilai nutrisi yang tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’.

Ia kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin yang berperanan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu. Tingginya kandungan khasiat dalam buah delima ini telah meraih perhatian bukan sahaja di bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak kajian yang telah diterbitkan berkaitan biji, isi mahupun kulit buah delima. Pokok buah delima dikategorikan dalam tumbuhan renek yang berasal dari kawasan Asia Barat Daya. Ia tumbuh secara semulajadi dan ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.

1. Mengurangkan radikal bebas

Delima kaya dengan antioksidan. Bijinya yang cerah turut mengandungi polifenol yang merupakan zat antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Jus buah delima pula mengandungi kadar antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.

Bahkan, kadar antioksidannya tiga kali ganda berbanding teh hijau dan anggur.

2. Melambatkan simptom Alzheimer

Penyakit alzheimer disebabkan oleh kerosakan sel otak secara perlahan sehingga pada satu tahap ia akan mati. Ia akan menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan tidak mempunyai kemampuan sosial.

Kandungan antioksidan dalam jus delima diyakini dapat membantu memperlambatkan penyakit itu. Antioksidan dalam jus delima yang tinggi diyakini dapat meningkatkan daya ingatan.

3. Menjaga sistem penghadaman

Jus delima membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bagi yang mengalami masalah penyakit crohn dan penyakit berkaitan peradangan usus yang lain, maka delima sangat memberi manfaat.

Cuma, bagi yang mengalami masalah cirit-birit, sebaik-baiknya hindari buah atau jus delima sehingga keadaan sudah pulih.

4. Baik untuk kesihatan jantung

Jus delima juga baik untuk kesihatan jantung anda. Ini kerana ia dapat meningkatkan aliran darah serta mencegah pembuluh arteri agar tidak menjadi kaku.

Tidak hanya itu, ia turut membantu menstabilkan tekanan darah.

5. Meningkatkan prestasi seksual

Manfaat menarik lain daripada jus delima ia dapat meningkatkan prestasi seksual dan kesuburan. Ia berikutan kandungan antioksidan, zat dalam mengendalikan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif ini memang dikaitkan dengan disfungsi sperma dan penurunan kesuburan pada wanita. Tak hanya itu, jus delima juga berfungsi untuk meningkatkan testosteron pada lelaki mahupun wanita.

Kesimpulannya, buah delima adalah antara makanan yang berkhasiat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan.
Selain dimakan begitu sahaja, isi buah delima juga boleh dijadikan jus. Rasanya sangat sedap dan menyegarkan.
Cubalah!.
.
Info tambahan : Buah delima juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

5 Khasiat Madu

Madu merupakan sejenis bahan pemanis semulajadi yang dihasilkan oleh dua hidupan iaitu lebah dan juga tumbuh-tumbuhan. Lebah akan bertindak dengan menghisap cecair manis yang dihasilkan oleh tumbuhan seperti bunga. Cairan ini dikenali sebagai nectar.

Hasil cairan manis yang dihisap oleh lebah akan bercampur dengan komponen tertentu yang terdapat di dalam badan lebah. Kemudian, lebah akan menyimpan madu ini di dalam indung madu (honeycomb) sehingga ia matang. Terdapat pelbagai jenis madu yang dihasilkan berdasarkan kepada warna, rasa, bau dan juga tekstur.

Antara pelbagai manfaat madu yang terkenal dengan khasiatnya ialah :
.
1. Sumber Nutrisi
.
Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh. Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.

2. Mencegah Penuaan
.
Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..

3. Mengatasi Radang Tekak
.
Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu.

Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.

4. Menurunkan Berat Badan
.
Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan. Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal.

Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjoging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.

5. Meningkatkan Metabolisma Badan
.
Salah satu khasiat madu untuk kesihatan juga adalah meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar. Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.

Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.

Kesimpulannya, madu lebah adalah makanan yang berkhasiat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan.
Madu lebah juga merupakan sejenis makanan yang tak akan basi. Jadi, anda boleh pelbagaikan menu harian berasaskan madu.
Amalkan makan madu setiap hari untuk badan lebih cergas dan bertenaga. Cubalah!.
.
Info tambahan : Madu lebah juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

5 Khasiat Habbatussauda

Habbatussauda’ (gambar hiasan)

Habbatus sauda (Nigella Sativa) juga dikenali sebagai jintan hitam, terutamanya dalam kalangan masyarakat melayu. Sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar.

Nigella Sativa merupakan sejenis herba yang mempunyai pelbagai ciri farmakologi dan telah digunakan secara meluas bagi tujuan kesihatan. Selain itu, ianya juga sangat terkenal dengan manfaatnya terhadap kecantikan. Di kebanyakan negara juga, habbatus sauda diyakini mujarab untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Dalam islam, kita sememangnya disarankan mengamalkan pemakanan habbatus sauda’ secara rutin. Terdapat satu hadith riwayat Bukhari menyatakan:-

“Habbatussauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali mati”.

Apakah Kelebihan Habbatus sauda?

1. Melancarkan Peredaran Darah

Kajian telah mengesahkan manfaat Habbatus sauda dalam meningkatkan peredaran darah1. Sistem peredaran darah manusia bertanggung jawab untuk menghantar darah, oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Apabila aliran darah ke bahagian tertentu badan berkurangan, gejala yang mungkin dialami adalah seperti tangan dan kaki yang sejuk, kulit berubah warna atau pucat, kebas, urat varikos, bengkak atau edema, dada sesak, keletihan, dan sebagainya.

Habbatus sauda boleh membantu mengurangkan simptom peredaran darah yang lemah dengan meningkatkan aliran darah sambil membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke sistem badan terutamanya anggota badan.

Habbatus sauda boleh membantu mencegah kulit pucat, kuku rapuh dan rambut. Ia juga meningkatkan sistem imun dan mengurangkan keletihan.

2. Melegakan Keradangan

Kajian juga mendapati bahawa ekstrak Habattus sauda mengandungi kesan anti-radang dan antioksidan2. Kesan anti-radang dan antioksidan dikaitkan dengan bahan-bahan seperti thymoquinone dan asid lemak tak tepu dimana ia meneutralkan radikal bebas di dalam badan dan melindungi daripada kerosakan sel. Keradangan kronik jangka panjang menyumbang kepada masalah seperti tekanan darah tinggi, aterosklerosis, diabetes, arthritis, demensia, hati berlemak, kanser dan lain-lain.

3. Membantu masalah Alahan

Histamin merupakan sebatian yang terlibat dalam tindak balas alahan. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak Habbatus sauda mempunyai kesan anti-histamin, dimana ia bertindak sebagai agen perencatan pada histamin. Kajian juga mencadangkan bahawa pengambilan Habbatus sauda dapat melegakan batuk, semput dan meningkatkan fungsi paru-paru pada penghidap asma.

(gambar hiasan)

4. Mengatasi Penyakit Sukar Tidur Atau Stress

Bagi mereka yang mengalami insomnia atau sukar untuk tidur, adalah disarankan untuk mengamalkan habbatus sauda. Dalam perubatan tradisional, habbatus sauda’ sering digunakan untuk manfat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti. Antara cara penyediaannya adalah dengan menjadikannya sebagai bancuhan the dan diminum sebelum waktu tidur.

5. Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu

Susu ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi juga khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antibodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Habbatus sauda’ boleh diiktiraf sebagai milk booster terbaik kerana sifat semulajadinya yang memberi haba dan memanaskan badan. Aliran susu juga menjadi lebih lancar kerana manfaat habbatus sauda sebagai agen pembuang toksin.

Wah! banyaknya khasiat habbatussauda’ untuk kesihatan. Lepas ni, boleh cuba amalkan setiap hari.
.
Info tambahan : Habbatussauda’ juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

Khasiat Habbatussauda’ Untuk Kesihatan

Habbatussauda juga dikenali sebagai:
1. Jintan Hitam
2. Black Cumin
3. Coriander Seeds .
.

Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa. Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatussauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit). Jadi ia memberi kekebalan pada tubuh badan manusia. 

Tumbuhan herba ini berasal dari daerah Mediterania namun dikembangbiakan di berbagai belahan dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara, dan sebagian Asia.

Tanaman Habbatussauda:

1. ketinggian 35-50 cm
2. Bercabang dan melingkar pada bahagian atas
3. Memiliki dedaun
4. bunga warna putih kebiruan

Bijinya berbentuk:

1. kecil dan berserabut
2. berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya,
3. seperti biji bijan
4. berwarna hitam
5. aroma yang kuat dan menyengat hidung.
Kenapa ramai orang rajin amalkan habbatussauda?
.
Sebab manfaatnya untuk tubuh. Antara khasiat habbatussauda ni ialah dapat bantu menguatkan antibodi, daya tahan badan dari serangan penyakit. Apabila anda kerap amalkan makan habbatussauda setiap hari, in shaa allah, kesihatan anda akan bertambah baik, jarang-jarang demam, jarang batuk selsema dan lain-lain.
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu,
bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ» قَالَ ابْنُ شِهَابٍ: وَالسَّامُ المَوْتُ، وَالحَبَّةُ السَّوْدَاءُ: الشُّونِيزُ
“Pada Al-Habbatus Sauda’ itu syifaa’ (penawar) bagi segala penyakit, kecuali As-Saam.”

Ibn Syihab berkata:
“As-Saam adalah Al-Maut (mati), dan Al-Habbatus Sauda’ adalah Asy-Syuuniiz (jintan hitam – black cumin).”
(Sahih Al-Bukhari, no. 5688)

Penyelidikan ke atas habbatussauda ini mendapati ia mempunyai aktiviti ANTI-BAKTERIA. Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Antara khasiat Habbatussauda ialah Anti-radang (anti-inflammation). Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

Jadi, mulai sekarang, anda dah boleh amalkan habbatussauda setiap hari.
In shaa allah dapat bantu tingkatkan tahap kesihatan.

Cubalah! 
.
Info tambahan : Habbatussauda’ juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

5 KHASIAT ZAITUN

Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (olea europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Jom baca selanjutnya dan sama-sama ambil tahu tentang penyakit autoimun ini.
Disebabkan mengandungi khasiat yang tinggi, minyak zaitun telah digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan, perubatan termasuk kulinari.

Ia terbukti secara kajian saintifik dan disebut dalam beberapa hadis dan ayat Al Quran mengenai kebaikan khasiatnya dan merupakan buah yg diberkati.

Firman Allah SWT:
“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
(An-Nahl:11)
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya.”

Antara 5 manfaatnya adalah:

1. Melindungi organ jantung
Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak zaitun dalam setiap hidangan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.
Minyak zaitun bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang dan menjaga kadar kolesterol dalam tubuh badan manusia.

2. Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes
Minyak zaitun mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam Diet Mediterranean juga dikatakan boleh mencegah diabetes tahap dua. Namun, kedua-duanya masih belum dibuktikan secara saintifik.

3. Mencegah strok
Berdasarkan penyelidikan, menikmati minyak zaitun dengan kerap dapat merendahkan risiko strok. Sekali lagi, ia masih memerlukan kajian lebih terperinci.

4. Menurunkan berat badan
Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

5. Memiliki kadar antiradang yang tinggi
Kandungan (antiradang) dalam minyak zaitun dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).

Subhanallah, banyak manfaat minyak zaitun yang boleh kita masukkan dalam diet pemakanan seharian.

#info #minyakzaitun #olive #joostokguru

Info tambahan : Minyak Zaitun juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

5 KHASIAT KURMA

Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera L. banyak ditanam di negara-negara Arab atau Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Oman, Iraq, Iran, Magribi (Morocco) dan Sudan. Buah kurma telah menjadi sumber makanan sejak berabad lamanya dan ia mempunyai pelbagai jenis mengikut nutrisi, saiz atau tempat tanamannya. Antara jenis kurma yang terkenal termasuklah kurma Ajwa, Medjool, Rotab, Maktoom, Safawi, Zahidi dan Khadrawi.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan bahawa kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Kelebihan kurma :

1. Mengelakkan sembelit
Kurma mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman terutamanya sembelit. Hal ini kerana kurma mengandungi serat sebanyak 3.57-10.9g serat di dalam 100g kurma.
Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Kadar pergerakan usus juga meningkat dan melancarkan lagi sistem penghadaman makanan.
Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma sebanyak tujuh biji (kira-kira 50g) oleh 21 orang dewasa selama 21 hari telah meningkatkan pergerakan usus dan meningkatkan kekerapan najis.

2. Tinggi tenaga
Kurma boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa.
Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam buah kurma adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga yang mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Oleh itu, tidak hairanlah ia sesuai untuk diambil semasa bulan Ramadhan sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka. Ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya walaupun sedang menjalani ibadah puasa.

3. Mencegah kanser
Kurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Satu kajian menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada kadar 100µg/mL mendapati bahawa ianya dapat menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Memudahkan proses melahirkan anak
Kurma juga membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung. Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma pada akhir trimester adalah efektif untuk mengurangkan jangka masa proses bersalin sehingga 4 jam kurang daripada wanita yang tidak mengambil kurma.
Hal ini kerana kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.

Bagi anda yang susah nak makan kurma, ada cara mudah.
Jom! amalkan Joos Tok Guru setiap hari. Dalam Joos Tok Guru juga ada manfaat kurma.
Selain itu, Joos Tok Guru boleh dijadikan sebagai ikhtiar mak ayah untuk bantu anak-anak mudah belajar serta mudah menghafal.

#info #kurma #dates #joostokguru
.
Info tambahan : Kurma juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

5 KHASIAT KISMIS

Kismis merupakan makanan kering yang dihasilkan daripada anggur.

Kismis ini kaya dengan nutrisi, mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan B9.

Ia juga mengandungi kolin, vitamin C, E, K, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, kalium, sodium dan pelbagai nutrien lain.

Dalam kitab at-Tib an-Nabawi diceritakan bahawa Baginda Rasullulah SAW telah dihadiahkan dengan buah kismis lalu Baginda SAW meletakan kismis dihadapannnya sambil bersabda yang bermaksud :
“Makanlah kismis ini kerana ianya sebaik-baik makanan yang dapat menghilangkan lelah, meredakan kemarahan, menguatkan saraf, mewangikan bau mulut, menghilangkan kahak.”

Khasiat kismis yang lain selain mengandungi nutrien yang banyak:

1. Kurangkan Sembelit
Kismis mengandungi serat yang mempunyai peranan penting dalam sistem pencernaan iaitu memastikannya berjalan lancar.
Bagi secawan kismis, dianggarkan ia mengandungi hampir 10 gram serat.
Hasilnya, sembelit dapat dielakkan, toksin berbahaya dikeluarkan dan usus dibersihkan.

2. Tekanan Darah Tinggi
Kismis didapati kaya dengan bahan kalium dan rendah kandungan sodium.
Oleh itu, ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Jadi, kismis bukan sesuai untuk kanak-kanak sahaja, tetapi juga bagi warga emas.

3. Daya Pemikiran
Gula ringkas dalam kismis dipercayai dapat meningkatkan daya pemikiran otak.
Gula ringkas membekalkan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi termasuk sel-sel otak.
Otak dan sel biologi lain seperti sel otot dan sel darah merah memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang optimum untuk berfungsi dengan baik.

4. Kaya Antioksida
Fenol dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan dalam makanan antioksida.
Fungsi antioksida adalah melindungi badan daripada radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.

5. Kesihatan Gigi
Antioksida seperti asid oleanolik dalam kismis juga dapat melawan bakteria yang menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi.
Walaupun kismis merupakan makanan yang manis namun ianya tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi.
Sebaliknya, ia melindungi dan menjadikan gigi lebih sihat dan kuat.

Sumber info : buku Rahsia Makanan Sunnah

Klik sini untuk ketahui banyak lagi manfaat kismis untuk anak-anak.

#kismis #kismistokguru

Info tambahan : Kismis juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Posted on Leave a comment

Rangkaian Edaran Produk Tok Guru

Kismis Tok Guru dan Joos Tok Guru sangat sesuai dijadikan sebagai ikhtiar untuk bantu anak-anak sentiasa cergas dan mudah belajar. Secara tak langsung, seterusnya dapat bantu anak-anak tingkatkan prestasi dalam pembelajaran, kan? 😀
.
Jadi, di mana lagi ibubapa dan guru boleh dapatkan produk Tok Guru untuk anak-anak dan pelajar setelah kehabisan stok? Kedua-dua produk ini juga merupakan pilihan utama para pelajar calon peperiksaan. Rasanya pun sedap.
.
Berita baik buat semua terutamanya warga sekitar Shah Alam, kini anda boleh walk-in terus ke HQ untuk dapatkan produk Tok Guru. Anda nak dapatkan produk Tok Guru untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk niaga pun boleh.
.
Atau anda nak jadikan hadiah sebagai pembakar semangat anak-anak dan pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, juga boleh.
.
Jom! kunjungi HQ BLACK SEED MARKETING di alamat
B1 EDC, Aras 6 Bangunan Kumpulan Muara,
Persiaran Perbandaran Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
H/P : 019-4001010 | 019-9890010
.
Waktu Operasi
Isnin-Sabtu : 8 pagi – 5 petang
Cuti pada hari Ahad dan Cuti Umum
* Tertakluk pada pindaan.
.
==============================
Selain itu, anda juga boleh dapatkan Kismis Tok Guru dan Joos Tok Guru di kedai-kedai stokis aktif berhampiran anda. 😀
👇🏻
Kuala Lumpur :
PT WIDURI (M) S/B 017-212 0991
.
.
Selangor :
SUNGAI GODANG ENT. 019-5675795
SAYO MARKETING SDN. BHD. 03-80803466 | 019-3889498
.
.
Negeri Sembilan :
BEN WAY MARKETING RESOURCES SDN. BHD. 012-2112386
.
.
Perak :
YS MARKETING SDN. BHD. 012-5232052
.
.
Pahang :
FARMASI HANIZ 60176168870
.
.
Kedah :
HASANI EDAR SDN. BHD. 04-4253699/04-4253702
TLK ADVANCE (M) S/B 04-4906360 | 019-4462787
.
.
Pulau Pinang :
YHO MARKETING SDN. BHD. 012-2899168 | 012-4806613
.
.
Melaka :
HERBA MANJUR (M) SDN. BHD. 012-6513390
.
.
Kelantan :
PERNIAGAAN MASYRIK 019-9392786
SYARIKAT JAFFAR RAWAS SDN. BHD. 010-2459441 | 013-9032053
.
.
Terengganu :
NUWAJA ENT 019-9777500 | 013-9509009
.
.
Sabah :
ROSWAD HERBS & BEAUTY CENTRE 016-8266335
LINAVEED TRADING 012-8349198
MAZUIN BEAUTY CENTRE 60168365553
AS SIDDIQ 014-5548194
.
Cepat! dapatkan segera Kismis Tok Guru untuk anak-anak!
.
Bagi anda yang berminat untuk menjadi stokis Kismis Tok Guru, sangat di alu-alukan.🙂
👇🏻
klik sini untuk Nak Jadi Stokis
.