Posted on Leave a comment

5 KHASIAT KISMIS

Kismis merupakan makanan kering yang dihasilkan daripada anggur.

Kismis ini kaya dengan nutrisi, mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan B9.

Ia juga mengandungi kolin, vitamin C, E, K, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, kalium, sodium dan pelbagai nutrien lain.

Dalam kitab at-Tib an-Nabawi diceritakan bahawa Baginda Rasullulah SAW telah dihadiahkan dengan buah kismis lalu Baginda SAW meletakan kismis dihadapannnya sambil bersabda yang bermaksud :
“Makanlah kismis ini kerana ianya sebaik-baik makanan yang dapat menghilangkan lelah, meredakan kemarahan, menguatkan saraf, mewangikan bau mulut, menghilangkan kahak.”

Khasiat kismis yang lain selain mengandungi nutrien yang banyak:

1. Kurangkan Sembelit
Kismis mengandungi serat yang mempunyai peranan penting dalam sistem pencernaan iaitu memastikannya berjalan lancar.
Bagi secawan kismis, dianggarkan ia mengandungi hampir 10 gram serat.
Hasilnya, sembelit dapat dielakkan, toksin berbahaya dikeluarkan dan usus dibersihkan.

2. Tekanan Darah Tinggi
Kismis didapati kaya dengan bahan kalium dan rendah kandungan sodium.
Oleh itu, ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Jadi, kismis bukan sesuai untuk kanak-kanak sahaja, tetapi juga bagi warga emas.

3. Daya Pemikiran
Gula ringkas dalam kismis dipercayai dapat meningkatkan daya pemikiran otak.
Gula ringkas membekalkan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi termasuk sel-sel otak.
Otak dan sel biologi lain seperti sel otot dan sel darah merah memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang optimum untuk berfungsi dengan baik.

4. Kaya Antioksida
Fenol dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan dalam makanan antioksida.
Fungsi antioksida adalah melindungi badan daripada radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.

5. Kesihatan Gigi
Antioksida seperti asid oleanolik dalam kismis juga dapat melawan bakteria yang menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi.
Walaupun kismis merupakan makanan yang manis namun ianya tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi.
Sebaliknya, ia melindungi dan menjadikan gigi lebih sihat dan kuat.

Sumber info : buku Rahsia Makanan Sunnah

Klik sini untuk ketahui banyak lagi manfaat kismis untuk anak-anak.

#kismis #kismistokguru

Info tambahan : Kismis juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *