Posted on Leave a comment

5 KHASIAT KURMA

Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera L. banyak ditanam di negara-negara Arab atau Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Oman, Iraq, Iran, Magribi (Morocco) dan Sudan. Buah kurma telah menjadi sumber makanan sejak berabad lamanya dan ia mempunyai pelbagai jenis mengikut nutrisi, saiz atau tempat tanamannya. Antara jenis kurma yang terkenal termasuklah kurma Ajwa, Medjool, Rotab, Maktoom, Safawi, Zahidi dan Khadrawi.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan bahawa kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Kelebihan kurma :

1. Mengelakkan sembelit
Kurma mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman terutamanya sembelit. Hal ini kerana kurma mengandungi serat sebanyak 3.57-10.9g serat di dalam 100g kurma.
Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Kadar pergerakan usus juga meningkat dan melancarkan lagi sistem penghadaman makanan.
Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma sebanyak tujuh biji (kira-kira 50g) oleh 21 orang dewasa selama 21 hari telah meningkatkan pergerakan usus dan meningkatkan kekerapan najis.

2. Tinggi tenaga
Kurma boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa.
Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam buah kurma adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga yang mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Oleh itu, tidak hairanlah ia sesuai untuk diambil semasa bulan Ramadhan sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka. Ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya walaupun sedang menjalani ibadah puasa.

3. Mencegah kanser
Kurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Satu kajian menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada kadar 100µg/mL mendapati bahawa ianya dapat menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Memudahkan proses melahirkan anak
Kurma juga membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung. Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma pada akhir trimester adalah efektif untuk mengurangkan jangka masa proses bersalin sehingga 4 jam kurang daripada wanita yang tidak mengambil kurma.
Hal ini kerana kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.

Bagi anda yang susah nak makan kurma, ada cara mudah.
Jom! amalkan Joos Tok Guru setiap hari. Dalam Joos Tok Guru juga ada manfaat kurma.
Selain itu, Joos Tok Guru boleh dijadikan sebagai ikhtiar mak ayah untuk bantu anak-anak mudah belajar serta mudah menghafal.

#info #kurma #dates #joostokguru 
#kismisdoa #kismisminda
.
Info tambahan : Kurma juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *