
Delima (Pomegranate) dengan nama saintifiknya ‘Punica Granatum’ merupakan buah yang mengandungi nilai nutrisi yang tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’.
Ia kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin yang berperanan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu. Tingginya kandungan khasiat dalam buah delima ini telah meraih perhatian bukan sahaja di bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak kajian yang telah diterbitkan berkaitan biji, isi mahupun kulit buah delima. Pokok buah delima dikategorikan dalam tumbuhan renek yang berasal dari kawasan Asia Barat Daya. Ia tumbuh secara semulajadi dan ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.
1. Mengurangkan radikal bebas
Delima kaya dengan antioksidan. Bijinya yang cerah turut mengandungi polifenol yang merupakan zat antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas.
Jus buah delima pula mengandungi kadar antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.
Bahkan, kadar antioksidannya tiga kali ganda berbanding teh hijau dan anggur.
2. Melambatkan simptom Alzheimer
Penyakit alzheimer disebabkan oleh kerosakan sel otak secara perlahan sehingga pada satu tahap ia akan mati. Ia akan menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan tidak mempunyai kemampuan sosial.
Kandungan antioksidan dalam jus delima diyakini dapat membantu memperlambatkan penyakit itu. Antioksidan dalam jus delima yang tinggi diyakini dapat meningkatkan daya ingatan.
3. Menjaga sistem penghadaman
Jus delima membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bagi yang mengalami masalah penyakit crohn dan penyakit berkaitan peradangan usus yang lain, maka delima sangat memberi manfaat.
Cuma, bagi yang mengalami masalah cirit-birit, sebaik-baiknya hindari buah atau jus delima sehingga keadaan sudah pulih.
4. Baik untuk kesihatan jantung
Jus delima juga baik untuk kesihatan jantung anda. Ini kerana ia dapat meningkatkan aliran darah serta mencegah pembuluh arteri agar tidak menjadi kaku.
Tidak hanya itu, ia turut membantu menstabilkan tekanan darah.
5. Meningkatkan prestasi seksual
Manfaat menarik lain daripada jus delima ia dapat meningkatkan prestasi seksual dan kesuburan. Ia berikutan kandungan antioksidan, zat dalam mengendalikan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.
Tekanan oksidatif ini memang dikaitkan dengan disfungsi sperma dan penurunan kesuburan pada wanita. Tak hanya itu, jus delima juga berfungsi untuk meningkatkan testosteron pada lelaki mahupun wanita.
Kesimpulannya, buah delima adalah antara makanan yang berkhasiat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan.
Selain dimakan begitu sahaja, isi buah delima juga boleh dijadikan jus. Rasanya sangat sedap dan menyegarkan.
Cubalah!.
.
Info tambahan : Buah delima juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.
#delima #joostokguru #kismisdoa #kismisminda #blackseedmarketing