
Madu merupakan sejenis bahan pemanis semulajadi yang dihasilkan oleh dua hidupan iaitu lebah dan juga tumbuh-tumbuhan. Lebah akan bertindak dengan menghisap cecair manis yang dihasilkan oleh tumbuhan seperti bunga. Cairan ini dikenali sebagai nectar.
Hasil cairan manis yang dihisap oleh lebah akan bercampur dengan komponen tertentu yang terdapat di dalam badan lebah. Kemudian, lebah akan menyimpan madu ini di dalam indung madu (honeycomb) sehingga ia matang. Terdapat pelbagai jenis madu yang dihasilkan berdasarkan kepada warna, rasa, bau dan juga tekstur.
Antara pelbagai manfaat madu yang terkenal dengan khasiatnya ialah :
.
1. Sumber Nutrisi
.
Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh. Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.
2. Mencegah Penuaan
.
Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..
3. Mengatasi Radang Tekak
.
Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu.
Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.
4. Menurunkan Berat Badan
.
Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan. Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal.
Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjoging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.
5. Meningkatkan Metabolisma Badan
.
Salah satu khasiat madu untuk kesihatan juga adalah meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar. Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.
Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.
Kesimpulannya, madu lebah adalah makanan yang berkhasiat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan.
Madu lebah juga merupakan sejenis makanan yang tak akan basi. Jadi, anda boleh pelbagaikan menu harian berasaskan madu.
Amalkan makan madu setiap hari untuk badan lebih cergas dan bertenaga. Cubalah!.
.
Info tambahan : Madu lebah juga antara 8 makanan yang terkandung dalam Joos Tok Guru.
#madu #joostokguru #kismisdoa #kismisminda #blackseedmarketing